Soalan Lazim

Membuat pesanan

1. Bagaimana cara hendak berbelanja di Supabaza?

Sila lihat video tutorial untuk lebih lanjut:

2. Adakah saya perlu mendaftar terlebih dahulu sebelum berbelanja?

Tidak, pendaftaran tidak diperlukan untuk membeli.

3. Apakah maklumat pribadi yang perlu saya sediakan untuk pembelian di Supabaza?

Anda perlu menyediakan maklumat seperti nama, nombor telefon dan alamat penghantaran (untuk tujuan penghantaran). Kami perlukan maklumat ini untuk hubungi dan menghantar barangan anda ke rumah anda. Kami tidak akan berkongsi maklumat anda dengan pihak lain melainkan sekiranya untuk tujuan membantu anda.

4. Item apakah yang tersedia di Supabaza?

Sila lihat di: https://www.supabaza.com/collections/all

Pembayaran

1. Bagaimanakah cara untuk membayar di Supabaza?

Anda hanya perlu membayar barangan anda ketika anda melakukan kutipan-sendiri atau ketika anda menerima barangan anda. Pembayaran mestilah dalam tunai.

2. Adakah saya menerima invois untuk pembelian saya?

Ya, invois akan dihantar kepada anda selepas pesanan anda diterima dan disahkan.

Penghantaran

1. Di kawasan manakah Supabaza hantar?

Kami hanya menghantar ke Johor Bahru, Kulai dan Pontian. Sekiranya anda ingin diberitahu tentang penghantaran ke daerah lain, sila ikuti kami di Facebook: https://www.facebook.com/mysupabaza/

2. Bilakah item saya akan dihantar?

Keesokan harinya untuk pesanan yang diterima sebelum jam 6 petang.

3. Adakah caj perkhidmatan dikenakan?

Penghantaran adalah percuma!

4. Sekiranya saya tinggal di kondominium / pangsapuri / flat, adakah Khidmat Penghantaran Pelanggan akan menghantar item saya ke depan pintu?

Ya, kami akan menghantar ke rumah anda sekiranya dibenarkan masuk oleh pihak pengurusan/keselamatan di kawasan rumah anda.

5. Apa perlu saya buat sekiranya saya terlepas waktu penghantaran?

Sekiranya anda terlepas waktu penghantaran, kami akan menghubungi anda untuk penjadualan semula waktu penghantaran. Sekiranya kami gagal menghubungi anda selepas 3 hari untuk penjadualan semula penghantaran kali pertama, kami akan membatalkan pesanan anda dan anda akan di senarai hitam daripada terus menggunakan perkhidmatan kami.

6. Apakah terma dan syarat lain untuk penghantaran?

Sila lihat laman web berikut untuk terma dan syarat lain untuk penghantaran: https://www.supabaza.com/pages/terms-and-conditions

Masalah Pesanan

1. Sekiranya barangan yang saya pesan tidak saya terima, apakah yang perlu saya buat?

Sila hubungi kami melalui telefon di 017-295-9757.

2. Sekiranya saya kurang berpuas hati dengan item pesanan saya, apakah yang perlu saya buat?

Sekiranya terdapat kerosakan pada barangan anda yang jelas (contoh: item sudah tamat tempoh / basi ketika diterima), sila hubungi wakil ejen jualan kami.

3. Bolehkah saya memulangkan semula barangan yang sudah saya terima?

Pelanggan tidak boleh memulangkan barang kecuali terdapat kerosakan pada barangan yang jelas (contoh:  item sudah tamat tempoh / basi ketika diterima). Sekiranya kejadian seperti ini berlaku, sila hubungi wakil ejen jualan kami.

4. Bagaimana cara untuk membatalkan pesanan?

Pelanggan tidak dibenarkan untuk membatal pesanan selepas pesanan sudah diproses. Sila lihat semula pesanan yang dibuat sebelum pembayaran.

Yang Lain

1. Dimakanakah boleh saya baca terma dan syarat di Supabaza?

Terma dan Syarat: https://www.supabaza.com/pages/terms-and-conditions
Dasar Privasi: https://www.supabaza.com/pages/privacy-policy

2. Bolehkah saya meletakkan item saya ke dalam senarai ‘suka’ sekiranya saya ingin membelinya pada waktu lain yang akan datang?

Kami belum menyediakan ruangan “suka” untuk masa sekarang, tetapi anda boleh menambah barangan yang anda suka ke troli pembelian tanpa membelinya.

3. Adakah saya akan menerima poin untuk pembelian saya?

Tidak, kami tidak menyediakan mata ganjaran untuk masa sekarang.

4. Adakah Supabaza menyediakan kupon atau baucer untuk pembelian saya?

Tidak, kami tidak menyediakan kupon atau baucer untuk masa sekarang.