5 Khasiat Kubis Bunga (Cauliflower) yang Kurang Dikenali

Kubis bunga, atau cauliflower dalam Bahasa Inggeris, ialah sejenis sayur yang ada banyak khasiat. Bukan sahaja sedap dimakan apabila memasak sayur "chap chye", tapi ada banyak lagi kebaikan yang membuatkannya sayur ini "mesti-ada" dalam masakan harian anda.

Nak tahu apa rahsia kubis bunga untuk lebih sihat? Jom ikuti 5 top khasiat kubis bunga yang kami sediakan khas untuk anda.

  1. Tinggi Serat.

Pertama sekali, kubis bunga tinggi serat. Dan serat sangat penting untuk sistem penghadaman anda.

Sebabnya, diet tinggi serat dapat menaikkan jumlah bakteria baik dalam usus. Apabila ekosistem bakteria dalam sistem penghadaman kita baik, ianya akan kurangkan keradangan atau inflamasi.

Jadi kuranglah risiko untuk sakit jantung, sebab bahagian dalam salur darah kurang meradang dan menyimpan lemak. Perbuangan air besar juga semakin lawas.

Kajian sains menunjukkan juga bahawa jika pemakanan anda tinggi serat, risiko kencing manis dan penyakit barah akan berkurangan.

  1. Kaya Anti-Oksida.

Bahan makanan mangandungi anti-oksida sesuai diambil bagi sesiala yang ingin jadi seperti awet muda. Kubis bunga adalah salah satunya.

Anti-oksida meneutralkan radikal bebas dalam badan. Kalau dibiarkan berleluasa, radikal bebas ni akan rosakkan penghasilah kolagen. Tanpa kolagen berlebihan, kulit semakin kendur dan mudah berkedut.

Radikal bebas juga dikaitkan dengan sakit jantung dan barah, jadi eloklah makan kubis bunga untuk kurangkan radikal bebas dalam badan anda.

  1. Sumber Vitamin dan Mineral. 

Kubis bunga mempunyai vitamin C, vitamin B5, vitamin B6, vitamin K, folic acid, dan trace elements macam manganese, potassium, magnesium, dan fosforus. Boleh tahan walaupun hanya satu pokok kecil kan?

Dalam banyak-banyak vitamin ni, jumlah vitamin C sangat tinggi. Satu cawan kubis bunga mengandungi 77% jumlah yang patut diambil sehari untuk badan yang sihat. 

Bila cukup vitamin C, sistem ketahanan badan semakin kuat, jadi takdelah asyik batuk selesema. Luka-luka pun cepat sembuh.

  1. Makanan Diet.

Dalam kalangan orang Malaysia, kubis bunga ni taklah favourite sangat. Tetapi di negara barat, macam-macam resipi ada.

Kubis bunga dikisar halus supaya menjadi cauliflower rice dan kerak pizza. Kenapa mereka sanggup buat sebegini? Kerana kubis bunga ini sangat rendah kalori.

Jadi kalau korang nak makan sesuatu yang mengenyangkan tapi tak menggemukkan, cubalah makan kubis bunga. Ia boleh gantikan karbohidrat seperti nasi dan tepung.

Kubis bunga yang kaya serat dan air membuatkan perut rasa kenyang kekal lebih lama. Jadi anda akan kurang rasa asyik nak snack sahaja.

  1. Kaya dengan Choline.

Satu cawan kubis bunga membekalkan 45mg choline. Ini merangkumi 11% keperluan harian wanita dan 8% keperluan harian lelaki.

Zat choline penting untuk perkembangan otak dan penghasilan neurotransmitter dalam sistem saraf. Selain itu, choline dapat mengurangkan penyimpanan kolestrol di dalam hati.

Banyak lagi kebaikan choline ni, macam menyokong metabolisma badan, menghasilkan DNA, dan mengukuhkan integriti sel kulit.

Bagi yang tak cukup choline pulak, kajian menunjukkan mereka lebih mudah dapat penyakit jantung, hati, dan nyanyuk.

Tips Bonus: Cara Terbaik untuk Masak Kubis Bunga.

Kubis bunga boleh direbus atau kukus untuk dapatkan tekstur dan rasa yang terbaik. Kalau ditumis untuk "stir-fry", cuba tumis lama-lama sedikit supaya tidak keras.

Namun, lebih baik jika dikukus, supaya vitamin dan mineral tak hilang dalam air rebusan. Juga tak perlu pakai minyak, jadi lebih sihat.

Penutup.

Walaupun nampaknya tak begitu menarik, kubis bunga sememangnya sayur yang tinggi khasiat dan sangat baik untuk kesihatan. Ia boleh kurangkan risiko sakit barah, sakit jantung, dan sakit nyanyuk (Alzheimer's).

Apa menu sihat anda minggu ni? Jangan lupa masukkan kubis bunga dalam bakul bila pergi beli barang dapur nanti ya!


Older Post Newer Post


Leave a comment