Hello kawan-kawan! Pada minggu-minggu lalu, artikel kita agak serious, jadi minggu ni kita sediakan artikel yang lebih ceria, iaitu 3 resipi viral TikTok kegemaran kita semua! Resipi-resipi ini memang senang nak ikut, so tunggu apa lagi? Jom cuba!
Resipi pertama ialah “Pasta Feta”, sebuah resipi yang berasal dari Finland pada tahun 2019 hasil rekaan Jenni Hayrinnen a.k.a. @liemessa, lalu diviralkan di Tiktok dalam bulan Januari 2021. Olehkerana resipi ini menjadi sangat viral, keju feta, iaitu sejenis keju dari Greece yang menggunakan susu kambing biri-biri, kehabisan stok di Finland buat sementara waktu. Malah apabila muncul di Tiktok US dan menjadi viral semula, stok-stok keju feta di pasar-pasar di Amerika Syarikat pun laris dijual.
Resipi ini sihat dan mempunyai banyak khasiat, dan boleh diubahsuai mengikut rasa. Contohnya, kalau tak suka rasa keju feta, boleh diganti keju kambing atau goat’s cheese.
Bahan-bahan untuk 2-3 orang
- 1 kotak tomato kecil (cherry tomato) 275gm
- 3-4 biji bawang putih, dibuang kulit
- 1 tangkai cili merah, dihiris halus
- Pasta pilihan - spaghetti, penne, macaroni – direbus sehingga masak
- 1 blok keju feta 200gm
- 3-4 sudu besar minyak zaitun
- 4-5 helai daun selasih segar
- Garam dan lada hitam secukup rasa
Cara memasak
- Campurkan tomato, bawang putih, minyak zaitun, garam dan lada hitam di dalam pinggan bakar empat segi (baking dish) dan gaul
- Letak satu blok keju feta di tengah-tengah, dan taburkan cili merah di atas keju
- Bakar di dalam oven selama 30 minit, suhu 200 darjah C
- Selepas 30 minit, keluarkan dari oven dan gaulkan bahan-bahan dengan rapi sehingga keju feta cair dan bahan-bahan menjadi sos berkrim
- Masukkan pasta pilihan anda yang sudah direbus, gaul semula lagi dan taburkan dauh selasih di atas untuk lebih perasa
- Hidang dan jemput makan!
2. Resipi Ikan Salmon dengan Nasi ala Jepun
Resipi ini berasal dari Emily Mariko di Tiktok (@emilymariko), dan video viralnya sudahpun ditonton sebanyak 59 juta kali, sambil mengumpulkan 5.8 juta “likes”! Yang paling kita suka tentang resipi ini adalah ia sangat senang dan ringkas sebenarnya. Kalau salmon tak ada, guna tuna dalam tin pun boleh!
Bahan-bahan untuk 1-2 orang
- 1 potongan salmon masak (~200gm, boleh ditambah mengikut selera)
- Boleh digoreng dengan ringkas, ataupun cara paling favourite kita, digaul dengan 2 bawang putih dicincang halus, 2 sudu besar sos soya, 2 sudu besar minyak bijan, 1 sudu besar madu, dan terus dibakar dalam oven atau Air Fryer selama 15 minit pada suhu 175 darjah Celsius. Dah siap!
- 1 cawan beras jepun yang telah dimasak
- 3-4 sudu besar sos Sriracha (boleh diganti dengan Lingham’s Sriracha Sauce, ataupun mana-mana sos cili pedas pilihan)
- 2-3 sudu besar mayonis kewpie (kalau cuma ada mayonis biasa, boleh tambah satu sudu kecil cuka beras dan sedikit gula untuk dapatkan rasa yang agak sama)
- 1.5 sudu besar sos soya
- Seaweed/nori sheets (kalau tak suka rasa seaweed, boleh terus makan nasi salmon, tapi kalau gulung dengan seaweed lagi best!)
Cara memasak
- Di atas pinggan, gunakan garpu untuk pecah-pecahkan ikan salmon sehingga kecil
- Campurkan nasi jepun bersama ikan salmon di pinggan
- Tuangkan sos soya, sos Sriracha dan mayonis kewpie ke atas nasi, lalu digaul sehingga sebati
- Gulung nasi salmon dengan sehelai seaweed, dan makan seperti sushi roll!
3. Resipi Mi Segera dengan Keju dan Sos Sriracha
Resipi ketiga ini berasal dari @snackqween dan lalu dicuba @insta.noodls. Kedua-dua video Tiktok mereka sudahpun melebihi 20 juta tontonan, dan berjaya mencapai 2.4 juta “likes”. Berbandingkan kedua-dua resipi sebelum ini, resipi ketiga ini nampaknya tak begitu sihat, tapi olehkerana resipi original ini tak perlukan paket perasa, jumlah MSG dan garam pun kurang. Keju dan susu/krim juga menyumbangkan kepada pemgambilan kalsium harian kita. Lagipun, boleh cepat siap, jadi sesuai kalau terasa nak snek tapi malas nak ambil masa untuk masak.
Bahan-bahan untuk 1 orang
- 1 paket mi instan (paket perasa tak perlu, tapi kalau nak tambah lagi oomph, boleh guna setengah paket perasa)
- 30gm mentega
- 2 keping keju pilihan
- 50ml susu atau krim (3-4 sudu besar)
- 3 sudu besar sos Sriracha atau sos pedas pilihan
Cara Memasak
- Rebus mi instan dan taruk tepi
- Dalam kuali/periuk asing, cairkan mentega di atas api
- Masukkan susu, keju dan sos sriracha, dan gaul sehingga keju cair
- Masukkan mi instan, gaul rapi, dan siap untuk dimakan! Sangatlah creamy dan memuaskan, adoiii!