loading

Supakhabar!

Kelebihan Buah Avokado

Kelebihan Buah Avokado

Hello kawan-kawan! Macam tak boleh percaya kan yang tahun 2021 sudahpun di pengakhiran? Walaupun tahun 2021 memang penuh cabaran, kita harap semoga dikurniakan lebih barakah, murah rezeki dah sihat sentiasa pada tahun 2022!  Cakap pasal kesihatan, minggu ini topik pilihan kami ialah tentang buah avokado dan kelebihannya. Siapa di antara kita yang pernah terbaca mengenai populariti roti bakar avokado, ataupun avocado toast di kalangan pemuda-pemudi di Amerika Syarikat? Ataupun pernahkah anda mencuba minuman Es Alpukat dari restoran-restoran Indonesia? Ini memang favourite saya, setiap kali makan di warung-warung penyet, mesti order satu gelas es alpukat! Tahukah anda bahawa buah avokado ini...

Read more →


Sering Mengalami Gastrik atau Perut Berangin? Inilah 5 Makanan yang Boleh Membantu Penghadaman Anda

Sering Mengalami Gastrik atau Perut Berangin? Inilah 5 Makanan yang Boleh Membantu Penghadaman Anda

Sistem penghadaman penting bagi mendapatkan nutrisi daripada makanan seharian.  Dengan khasiat ini kita boleh mendapat tenaga, vitamin, dan mineral untuk badan kuat dan sihat. Malangnya ramai yang mengalami masalah seperti perut kembung atau gastrik. Siapa yang pernah mengalaminya mesti tahu, kalau terkena serangan gastrik yang teruk memang berpeluh-peluh sampai tak boleh bangun. Kalau anda ingin kembalikan kesihatan penghadaman yang optimum, sudah tentu boleh terus makan ubat. Tapi kalau nak alternatif yang lebih semulajadi, apa kata cuba makanan-makanan di bawah ini? Inilah 5 makanan untuk membantu penghadaman dan mengurangkan masalah gastrik serta perut berangin yang boleh anda cuba hari ini. Buah...

Read more →


Resipi Mudah Untuk Biskut Laktasi Yang Lembut Dan Chewy

Resipi Mudah Untuk Biskut Laktasi Yang Lembut Dan Chewy

Kalau anda antara ibu-ibu yang payah cukupkan susu badan untuk bayi, apa kata hujung minggu ni kita cuba buat biskut laktasi ataupun lactation cookies di rumah? Biskut laktasi ialah sejenis biskut penggalak susu badan yang merupakan satu cara untuk menambah bekalan susu badan anda secara semula jadi. Apabila bekalan susu badan ibu-ibu baru berkurangan, ianya boleh menimbulkan rasa kecewa atau sedih. Tapi jangan risau, kita masih boleh cuba makan lebih biskut laktasi untuk memperbaiki masalah ini. Kunci keberkesanan lactation cookies terletak pada ramuan biskut ini. Rolled oats dan biji rami iaitu flax seeds yang digunakan mempunyai khasiat seperti zat besi...

Read more →


Adakah Ajinomoto (MSG) Merbahaya?

Adakah Ajinomoto (MSG) Merbahaya?

Sebagai penduduk negara Asia, saya sekeluarga memang kerap menggunakan monosodium glutamate (MSG) sebagai penambah perasa untuk memberi lebih “oomph” kepada masakan dan hidangan seharian. Saya pasti ramai juga keluarga-keluarga Malaysia yang mesti simpan MSG bersebelahan dengan garam di dapur. Malah, mesti ada ramai yang lebih mengenali MSG sebagai “Ajinomoto”, iaitu nama syarikat jepun yang mula menjual MSG dalam bentuk kristal-kristal kecil mirip garam, buat pertama kalinya pada tahun 1909. Siapa yang tak kenal warna merah-putih setiap paket msg terbitan Ajinomoto? Akan tetapi, MSG mempunyai imej agak negatif. Menurut sebuah tinjauan oleh International Food Information Council, sebanyak 42% di antara peserta...

Read more →


Adakah Anda Mengambil Kalsium yang Cukup Setiap Hari?

Adakah Anda Mengambil Kalsium yang Cukup Setiap Hari?

Hai, semua! Dalam post kali ini, kami akan ceritakan tentang satu zat penting dalam tubuh. Mesti anda pernah dengar tentang kalsium kan?  Tahukah anda, kalsium ialah mineral yang kelima paling banyak dalam badan manusia? Dalam orang dewasa, kalsium merangkumi kira-kira 1000 gram berat badan. Kalsium diperlukan untuk tulang yang kuat dan sihat. Tapi bukan itu sahaja - kalsium juga memainkan peranan penting dalam fungsi metabolik badan. Kalsium terlibat dalam pertukaran signal dalaman dan luaran sel. Zat ini juga diperlukan bagi pemancaran isyarat saraf dan juga pergerakan otot. Kekurangan Kalsium So, apakah yang akan terjadi apabila pemakanan kita kekurangan kalsium?  Bila...

Read more →